19 September, 2010

Minuman - Air longan kering

Bahan:
longan kering
gula melaka
air secukupnya

Cara-cara:
rebuskan bahan2 di atas.. kuantiti agak2 je la.. bergantung pada jumlah longan dan tahap kemanisan yang anda suka

# Kebaikan minum air ini, akan menambah susu bagi ibu2 yg menyusukan anak
# nama lain, Air Mata Kucing

Produk Best - Susu UHT Dutch Lady

Bukan semua orang suka minum susu... especially susu yang tiada perisa/warna selain putih... Sebagai mana yang pihak Dutch Lady iklankan.. "serlahkan kebaikan susu" di TV.. sememangnya susu memberi banyak khasiat kepada kita... selain mendapatkan khasiat, ia juga boleh menyerlahkan seri wajah anda... TAK PERCAYA?? cuba minum 3 gelas susu sehari.. lepas tu tgk wajah anda di cermin.. ada beza.. tak percaya sudah.. :p hihi.. wajah akan jadi seperti 'glowing' bila hari2 minum susu dengan byk...


Gambar dari http://www.dutchlady.com.my
(saya promote free je ni.. sbb saya suka minum susu ni)


Note: Untuk bayi seelok2nya diberi SUSU IBU... kalau boleh sehingga usianya 2 tahun... kalau masih di bawah 6 bulan, berusahalah agar bayi itu diberi SUSU IBU sahaja...

Tetapi, bagaimana hendak suka minum susu?

Okeh... cara paling senang.. kita pilih la susu kotak... yang tidak suka susu putih, minum la yang perasa coklat atau strawberry...
Tetapi kesian pula kat susu putih tiada orang nakkan dia... Saya ada cara untuk anda lebih seronok minum susu putih..


1) Susu bandung - mudah je ni.. sama mcm buat air bandung biasa.. bubuh la sirap dlm gelas.. bezanya, lepas tu kita tuang la susu putih tu... sedap tau.. lebih elok berbanding buat sirap bandung yg campur susu pekat manis dan air kosong... khasiat lebih banyak.... TAK PERCAYA? cuba la dulu... minum sejuk2 best tau..

2) Susu kocak - orang biasa sebut milk shake... sesiapa ada blender leh buat... mula2, potong buah2an yg anda suka... misalnya buat pisang ke.. strawberry ke.. kiwi ke.. apa2 la.. pastu masukkan dlm blender... pastu bubuh la susu putih dalam tu... blend sampai sebati... nak bubuh air batu pun ok gak... sedap.. cara jimat drp beli milk shake kat memana kedai luar...

3) Makan cereal ngan susu putih - dulu2 kan.. saya cuma biasa ratah cereal atau makan ngan susu pekat manis... (nampak sgt suka yg manis aje) lepas tu, saya pikir baik saya guna susu kotak putih tu.. saya akan dapat lebih khasiat.. kan kan kan...

So, mudah je kan nak buat resepi di atas... khasiat pun banyak... ikutkan dulu saya pun kurang minat nak minum susu putih atau susu tepung... Tetapi memandangkan saya perlu minum susu untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan (hak.. hak.. hak... betul apa...) saya paksa diri saya minum susu at least 2 kali sehari dan pastinya produk di atas adalah pilihan saya...

Rendang Ayam KKB

Hai... selamat hari raya 2010.. maaf la lama tak update...

Kali ni saya kongsi resepi keluarga saya... sebelah mak saya la.. KKB tu maksudnya Kuala Kubu Bharu.. kampung belah mak saya di area Hulu Selangor tu.. resepi ni saya belajar dengan wan saya la... saya ni kalau musim raya, selalunya saya yg tolong kacau rendang ni sampai kering... Bagi yang tak suka ayam, boleh la ganti dengan daging.. Sorry, takde gambar.. Tapi rupa masakan ni ala2 mcm rendang minang gak la... note: saya bukan org minang.. harap maklum..

Bahan:

1 ekor ayam (dipotong kecil, dilumur dgn kunyit)


Bahan kisar:
3 biji bawang merah saiz sederhana besar
3 ulas bawang putih
1.5 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
# semua di atas diblend

6 sudu makan cili kering diblend
1 kotak santan 200 ml ( atau 1 paket santan pekat yg dah perah siap)

2 keping asam gelugor (asam keping) / air asam jawa
2 sudu makan gula
2 sudu teh garam
2 sudu makan kerisik

3 helai daun limau purut (koyak2 je)
2 helai daun kunyit (dihiris halus)

Cara membuatnya:

1) masukkan semua bahan yg dah diblend dan cili giling dlm kuali. masak sampai naik bau
2) masukkan ayam. gaul2kan ngan rempah. masak seketika.
3) bila dah agak kering, masukkan gula, garam
4) masukkan santan pekat. kalau nak berkuah masukkan air sikit.. kalau nak kering tak payah..
5) masukkan asam keping dan kerisik
6) masukkan daun limau purut dan daun kunyit
7) masak sehingga pekat/kering

(kaedah ni, takyah tumis ngan minyak.. cuma rebus jek.. tp kalau nak tumis ngan minyak pun boleh gak untuk naik bau cili tu..

03 August, 2010

Produk Best - Maggi Cukup Rasa

 
:: Gambar diambil daripada laman web nestle ::

Ok.. saya bukan la dibayar untuk iklan percuma ini... ini adalah pandangan peribadi saya sebagai seorang yang sangat sibuk tetapi suka memasak untuk keluarga... (dari segi khasiat ke.. apa-apa pasal kesihatan saya terkecuali ya.. memang saya bukan la pakar dari segi itu)

Anda pernah cuba produk di atas? Bagi orang-orang yang sibuk atau yang tidak berapa tahu untuk memasak yang sedap-sedap, saya mencadangkan produk ini harus ada dalam dapur di rumah anda... Kenapa? Sebab, produk ini sememangnya membantu jika anda jenis yang sentiasa was-was masakan anda sedap ke tak.. cukup ke tak bahan dibubuh.. nanti tetamu atau orang-orang yang hendak makan banyak komen pula... tidak pun jika terjadi situasi apabila barang-barang masak yang asas tidak cukup ke...

Pertama kali mencuba, sememangnya saya sudah jatuh cinta.. chewah... malah saya hampir tidak mengusik stok garam saya... dan juga perasa-perasa lain.. Di belakang pek, ada juga dinyatakan cara memasak.. mula tu memang la tidak percaya.. semudah itu... sedap ke bubuh bende ni saja.. Tetapi terpulang juga pada tekak dan selera anda.. kalau yang jenis tak kisah macam tekak saya tidak apa la..
  • Sayur goreng - setengah orang kan, masak sayur yang mudah-mudah pun kadang-kadang menjadi isu besar.. masin sangat la.. tawar la... tidak berasa la.. dahulu, kalau saya menggoreng sayur (kobis ke.. buat sayur campur ala orang cina ke) saya biasa gunakan sos tiram... kadang-kadang bubuh juga cik aji tu sekali sekala... tak pun, serbuk bilis ke.. serbuk perasa ayam ke.. Nak dikatakan cerita, berlaku juga la keadaan yang lauk sayur tu termasin la.. rasa lari daripada sepatutnya la bila terlebih adjust... bila adanya cik cukuprasa ni, masukkan sedikit pun dah boleh buat lauk sayur tu menjadi sedap.. walaupun anda cuma guna resepi ini:
  1. panaskan sedikit minyak
  2. masukkan kobis, lobak merah & cili merah yang dipotong
  3. gorengkan hingga rata, masukkan satu sudu kecil cik cukuprasa tu... masukkan sedikit air.. bila dah masak angkat...
Tengok.. tidak perlu bawang ke apa ke... cuba rasa, memang masak begitu je pun dah sedap.. sesuai jika di dapur anda jika pada ketika itu stok bawang merah/putih sudah habis dan anda tiada masa ke kedai...
  • Ayam goreng - ayam goreng pun ada banyak jenis kan... paling mudah perap dengan garam dan kunyit... kadang-kadang orang yang baru belajar masak, tidak tahu hendak adjust berapa banyak nak campak kunyit tu untuk dilumur pada ayam.. garam pun kalau terlebih akan masin sangat.. tengok, ayam goreng yang mudah pun kadang-kadang akan jadi susah.. bila ada cik cukuprasa ni, lumur dan perap dengan produk ini saja... kemudian goreng dalam minyak panas pun dah sedap... Tidak percaya kaaa? saya mula-mula pun kurang percaya... sebab bila lumur tu, memang lah tidak berwarna menarik.. boleh jadi kuning dan berselera ke nanti bila makan... Tetapi, setelah dicuba, memang sedap... Anak-anak saya pun suka meratah ayam goreng ini...
  • Telur dadar - buat telur dadar pun kadang-kadang boleh termasin.. untuk telur dadar yang jenis bubuh garam dan lada sulah la... menu sarapan pagi tu.. sekarang tidak lagi jika campurkan cik cukuprasa ni..
Selain itu, produk ini memang boleh membantu anda menaikkan rasa masakan jika anda orang yang seperti saya, susah sangat hendak adjust tahap memasukkan garam dalam masakan.. saya tidak suka masin sangat.. dapat kat orang yang suka masin, memang la akan kata apa saya masak semuanya tawar...

Jadi, terpulanglah pada anda jika ingin menggunakan produk ini... bagi saya, ia memang boleh membantu sekiranya bahan masak yang digunakan tidak cukup ataupun makanan yang telah dimasak kurang berasa enak...

Oklah... resepi hari ini... Sayur Sawi campur Telur


Bahan yang diperlukan:
  • satu ikat sawi, dibasuh dan dipotong
  • satu ulas bawang kecil dihiris
  • dua ulas bawang putih dihiris
  • sebiji telur
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit air untuk kuah sup
  • satu sudu kecil cik cukuprasa (jika tiada, masukkan garam atau serbuk perasa lain)
Cara memasak:
  • panaskan sedikit minyak dalam 1 sudu makan je..
  • tumiskan bawang yang dihiris hingga naik bau
  • masukkan sayur sawi dan goreng
  • masukkan air dan cik cukuprasa
  • setelah kuah mendidih, pecahkan telur dan boleh tutup api
  • biarkan telur masak sendiri


02 August, 2010

Nasi Goreng Bilis

Anda ada lebihan nasi putih? Bahan-bahan lain pun tidak banyak? Tetapi ingin makan nasi goreng?
Anda boleh cuba resepi ini...


Bahan yang diperlukan:
  • 3 mangkuk nasi putih
  • 3 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • setengah genggam ikan bilis (basuh & toskan)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • sedikit sayur sawi (dibasuh dan dipotong kasar)
  • sedikit serbuk ikan bilis
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak:
  • tumbuk bawang, cili padi dan ikan bilis
  • panaskan minyak
  • tumis bahan tumbuk sehingga naik bau
  • masukkan kicap, serbuk bilis dan sayur
  • gorengkan hingga sebati
  • jika agak kering, masukkan sedikit air
  • apabila sayur agak layu, masukkan nasi dan gaul hingga rata
  • masukkan garam secukup rasa dan gorengkan nasi hingga masak
Nota:
  • tahap kepedasan bergantung kepada bilangan cili padi yang digunakan
  • boleh juga tambah ikan bilis goreng dan telur dadar yang dihiris nipis

Spageti Goreng Udang


Bahan yang diperlukan:

  • 1 paket spageti direbus
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 genggam udang saiz sederhana dibersihkan
  • 1 genggam sayur campur (lobak/jagung/kacang pis)
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit air
Cara memasak:
  • panaskan minyak 
  • tumis bahan kisar sehingga garing (bawang merah, bawang putih, cili giling)
  • masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap
  • masukkan sayuran dan udang, gaul sebati
  • apabila udang separuh masak, masukkan setengah cawan air diikuti dengan sedikit garam dan gula secukup rasa
  • masukkan spageti yang telah direbus
  • gaulkan sehingga sebati