25 February, 2011

Contest::Saya Mahu Menjadi Wanita Hebat Dengan iPad Percuma Dari Blog MySuperKids

Wah.. melihat tajuk saja sudah pelik bukan? Blog bercerita pasal masakan.. tiba-tiba keluar cerita berkenaan gadget pula.. hihihi..

Gara-gara peraduan ini... dan hadiahnya yang sangat-sangat membuat saya teruja untuk memilikinya.. maka dengan bangganya saya mengarang artikel ini di waktu malam sedangkan orang lain lena diulit mimpi..oh ya.. sambil memangku anak saya yang berusia 7 bulan yang asyik menyusu badan di kala saya sedang menaip menggunakan sebelah tangan.. sungguh multi tasking nampaknya... Hendak menjadi wanita hebat kan... Itupun belum lagi menggunakan telinga untuk mendengar alunan mp3 dan mulut enak mengunyah kerepek ubi yang baru dibeli petang kelmarin...

Apa kaitan ingin menjadi wanita hebat? Dengan iPad pula?

Sebagai seorang yang bekerjaya, masa yang saya ada amat terhad.. Kasihan melihat anak-anak.. pada diri sendiri juga.. (ya.. saya seorang yang sangat komited pada kerja dan pada masa yang sama mahu yang terbaik untuk 3 cahaya mata saya yang berusia bawah 6 tahun) Secara ringkasnya, saya sememangnya banyak menggunakan medium teknologi yang ada sekarang untuk memudahkan rutin harian dan secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan semua yang berada di sekeliling saya. Saya orang IT ya.. jadi internet, telefon bimbit, komputer dan lain-lain gadget multimedia sememangnya menjadi minat saya..
Malah, kehidupan harian saya seperti tidak lengkap jika tidak menyentuh salah satunya setiap hari..

Kehadiran iPad dalam pasaran sememangnya amat ditunggu-tunggu.. Walaupun sedang bersaing dengan produk-produk tablet yang semakin bertambah, iPad sememangnya boleh diibaratkan seperti "gadis pingitan" yang digilai ramai... (ehh, apakah? hehe..)

Dengan adanya iPad dalam misi saya ingin menjadi wanita hebat.. terdapat pelbagai cara yang saya boleh manfaatkan demi mencapai impian itu..

Wanita Hebat 1 (Idola anak-anak)
- Tahukah anda, anak-anak akan seronok jika dapat bertanya tentang apa jua perkara dan ibunya dapat menjawab setiap persoalan tersebut? Walaupun saya antara pelajar cemerlang suatu ketika dahulu (ehem2x..) bukan semua masih ada dalam otak fikiran.. tetapi, kita tidak mahu menghampakan anak-anak bukan? Kita mahu mereka berasa bangga bahawa ibu mereka tahu segalanya dan dapat membimbing mereka untuk menjadi insan yang TERBAIK secara keseluruhan.. Dengan adanya iPad, kita boleh melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat yang ternyata tiada sempadan.. Malahan, banyak aplikasi pendidikan yang boleh kita guna dalam pendidikan anak-anak di kala kesibukan seharian. Pendekatan multimedia memberi mereka keseronokan dalam pembelajaran. Secara tidak langsung, pendidikan kepada anak-anak dapat diberi secara tidak formal.

Wanita Hebat 2 (Generasi Bijak)
- Tahukah anda, seseorang itu akan lebih dihormati jika dia lebih banyak membaca? Apa-apa ilmu pun, pembacaan adalah sangat penting. Saya ingin menjadi orang yang pandai memasak, saya perlu membaca bahan-bahan berkaitan ilmu memasak. Hendak menjadi pakar hiasan dalaman, saya perlu mencari idea melalui bahan-bahan berkenaan ilmu itu di samping bakat dan kreativiti yang ada. Hendak mendapatkan banyak bahan-bahan ilmiah mahupun hiburan kadangkala menyumbang kepada kos dan ruang untuk menyimpan. Dengan adanya iPad, kita boleh mendapatkan bahan-bahan ilmiah secara online dan boleh dibaca di mana sahaja kita berada. Pernah mendengar tentang aplikasi Mag Zone?Aplikasi ini boleh diperolehi di App Store Apple. Saya tidak perlu lagi ruang yang banyak untuk majalah-majalah kegemaran saya.. Dengan harga yang berpatutan, saya dapat mengumpul majalah online seperti berkenaan resepi, hiasan rumah, perkahwinan, sukan dan macam-macam lagi.Seronoknya... Suratkhabar ada...(tiada alasan lagi untuk tidak mengetahui isu semasa) Majalah Rasa pun ada tau..(hari-hari perlu memasak lah) Best tu..!!

Wanita Hebat 3 (Mengeratkan hubungan sesama insan)
- Bersosial menggunakan iPad? Tidak mustahil bukan? Penggunaan email, laman web sosial seperti Facebook dan pelbagai aplikasi lain mampu memudahkan perhubungan tidak kira masa & tempat. Ada juga kad ucapan maya yang boleh dikirim sebagai pengganti diri malahan dapat diubahsuai mengikut citarasa sendiri demi insan yang jauh... Ramai tu kawan-kawan dan ahli keluarga di seluruh negara.. Ukhwah sesama kita perlu ditingkatkan ya..

Wanita Hebat 4 (Menjadi seorang yang ceria dan gembira sepanjang masa)
- Mendengar koleksi lagu yang diputar melalui iPad,melihat gambar dan video yang dirakam serta bermain permainan maya boleh menimbulkan aura positif pada diri saya.. yang ada kalanya mungkin mendung dek suasana sibuk seharian.. Cari sahaja aplikasi menarik di Apps Store Apple.. Tetapi, perlu ada iPad la kan... (wink..!! wink..!!)

Wanita Hebat 5 (Bergaya, cantik, bijaksana)
- Tidak perlu lagi mengusung komputer berat, peralatan presentation yang banyak, buku catatan atau organizer yang tebal bila bertemujanji.. iPad sememangnya memudahkan urusan tidak kira apapun kerjaya yang disandang.. iPad boleh memberi semuanya.. Bayangkan rupa kita apabila sudah berpakaian elok tetapi mengusung pelbagai barang yang mungkin memudaratkan diri sendiri (angkat berat la tu..) jika dibandingkan dengan gaya yang sungguh 'mengancam' apabila bertemujanji dengan hanya membawa iPad senipis itu.. wah.. hebat bukan..? Guna sahaja pelbagai aplikasi yang ada.. untuk menggantikan buku nota, buku catatan harian... Untuk persembahan pula, iPad yang bersaiz kurang 10 inci mampu memaparkan idea anda dalam gaya yang tersendiri..

5 perkara di atas hanya sebahagian sahaja.. Penggunaan iPad idaman itu sebenarnya masih banyak bergantung kepada aplikasi yang boleh dimuatturun sama ada percuma atau pun dengan bayaran yang berpatutan. Menggantikan komputer, pemain video, pemain mp3, kamera, buku dan banyak medium lagi, saya sangat berharap iPad ini menjadi milik saya bersama anak-anak. Dengan bakal tibanya hari lahir saya 7 Mac ini, alangkah bahagianya jika saya berjaya memilikinya..



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack