Anda sibuk..? Anda tiada masa memasak untuk suami dan anak-anak? Tidak tahu memasak..? Saya akan bantu anda supaya tidak ada lagi yang akan lapar atau perlu berbelanja lebih setiap kali tiba waktu makan.. Masak itu mudah bukan..!!
14 April, 2012
Nasi Goreng Cendawan Shitake
Ada nasi lebih? Jom masak nasi goreng.
Kali ini, kita guna bahan yang unik. Cendawan kering ataupun kita panggil cendawan shitake.
Pastikan kita rendam dulu, sebelum dibersihkan & dipotong kecil.
Cara memasak:
- Tumis bawang merah & bawang putih yang ditumbuk
- Masukkan sedikit cili kering, masak hingga garing
- Masukkan udang saiz sederhana (tidak perlu buang kulit kerana inginkan rasa manis dari kulit udang)
- Masukkan cendawan, cili merah & sedikit kobis yg dihiris
- Tambahkan kicap, garam secukup rasa
- Masukkan nasi putih sejuk dan gaul hingga sebati
Ayam Merah
Yum Yum... sedap tak?
Ayam Masak Merah Cik Lah
- ayam digoreng garing
- bawang merah & bawang putih dikisar halus
- cili kering juga dikisar halus
- panaskan minyak masak dalam kuali
- tumiskan bawang & cili hingga naik bau dan garing
- masukkan 1 sudu gula, sos tomato sebanyak 3 sudu
- gaul sebati
- masukkan semangkuk air
- setelah mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng
- kacau rata
- apabila hampir masak, masukkan buah tomato yang dipotong lapan & garam secukup rasa

Sawi Bertelur
Apa? Sayur sawi bertelur? Masak sawi campur telur la...
Mudah saja dan enak rasanya..
Bahan:
1 ikat sawi panjang / sawi kontot tu (apa nama tah, pak choy ke mende)
1 biji telur ayam
1 biji bawang merah saiz kecil
1 biji cili merah
secubit ikan bilis
sedikit garam & serbuk perasa (jika mahu)
Cara memasak:
- panaskan satu sudu makan minyak masak
- tumis bawang merah yg telah dihiris bersama ikan bilis dan cili merah yg dipotong kecil
- setelah naik bau, masukkan sayur sawi yg dipotong kecil, goreng sebati
- masukkan secawan setengah air
- biarkan mendidih
- masukkan telur ayam, serbuk perasa & sedikit garam

Daging Kicap Black Pepper
Suka makan daging black pepper? Ini resepi mudah yang biasa saya buat. Bahan pun sedikit (save bajet.. hahaha)
Bahan:
Daging secukupnya (lembu/kerbau..)
Kicap Manis
Sos Tiram
Gula
2 sudu makan Lada hitam (ditumbuk)
1 labu bawang besar dihiris
Cara memasak:
- hiris daging nipis2
- dalam satu mangkuk, satukan daging dengan 5 sudu kicap manis, 2 sudu sos tiram, 2 sudu gula & lada hitam yang ditumbuk, gaul sebati dan perapkan selama 1 jam
- panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga naik bau
- masukkan daging perapan dan goreng hingga masak
- jika mahu berkuah, masukkan sedikit air
- jika mahu bersayur, boleh juga ditambahkan lada benggala/lobak merah/kentang yang telah digoreng
# Untuk orang pantang bersalin, cara memasak boleh ditukar kepada memanggang
Guna lada hitam asli baru ummpph!!
Gambar hiasan sumber Google:

Ikan Bilis Goreng
Ikan Bilis Goreng cara saya:
Bahan:
2 genggam ikan bilis yg dibersihkan
1 labu bawang merah
2 biji cili merah
Cara memasak:
- panaskan secawan minyak masak
- tumis bawang & cili merah
- apabila agak2 layu, masukkan ikan bilis dan goreng sehingga garing
# Enak dimakan bersama nasi panas dan kicap
Gambar hiasan from Google.

25 February, 2011
Contest::Saya Mahu Menjadi Wanita Hebat Dengan iPad Percuma Dari Blog MySuperKids
Wah.. melihat tajuk saja sudah pelik bukan? Blog bercerita pasal masakan.. tiba-tiba keluar cerita berkenaan gadget pula.. hihihi..
Gara-gara peraduan ini... dan hadiahnya yang sangat-sangat membuat saya teruja untuk memilikinya.. maka dengan bangganya saya mengarang artikel ini di waktu malam sedangkan orang lain lena diulit mimpi..oh ya.. sambil memangku anak saya yang berusia 7 bulan yang asyik menyusu badan di kala saya sedang menaip menggunakan sebelah tangan.. sungguh multi tasking nampaknya... Hendak menjadi wanita hebat kan... Itupun belum lagi menggunakan telinga untuk mendengar alunan mp3 dan mulut enak mengunyah kerepek ubi yang baru dibeli petang kelmarin...
Apa kaitan ingin menjadi wanita hebat? Dengan iPad pula?
Sebagai seorang yang bekerjaya, masa yang saya ada amat terhad.. Kasihan melihat anak-anak.. pada diri sendiri juga.. (ya.. saya seorang yang sangat komited pada kerja dan pada masa yang sama mahu yang terbaik untuk 3 cahaya mata saya yang berusia bawah 6 tahun) Secara ringkasnya, saya sememangnya banyak menggunakan medium teknologi yang ada sekarang untuk memudahkan rutin harian dan secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan semua yang berada di sekeliling saya. Saya orang IT ya.. jadi internet, telefon bimbit, komputer dan lain-lain gadget multimedia sememangnya menjadi minat saya..
Malah, kehidupan harian saya seperti tidak lengkap jika tidak menyentuh salah satunya setiap hari..
Kehadiran iPad dalam pasaran sememangnya amat ditunggu-tunggu.. Walaupun sedang bersaing dengan produk-produk tablet yang semakin bertambah, iPad sememangnya boleh diibaratkan seperti "gadis pingitan" yang digilai ramai... (ehh, apakah? hehe..)
Dengan adanya iPad dalam misi saya ingin menjadi wanita hebat.. terdapat pelbagai cara yang saya boleh manfaatkan demi mencapai impian itu..
Wanita Hebat 1 (Idola anak-anak)
- Tahukah anda, anak-anak akan seronok jika dapat bertanya tentang apa jua perkara dan ibunya dapat menjawab setiap persoalan tersebut? Walaupun saya antara pelajar cemerlang suatu ketika dahulu (ehem2x..) bukan semua masih ada dalam otak fikiran.. tetapi, kita tidak mahu menghampakan anak-anak bukan? Kita mahu mereka berasa bangga bahawa ibu mereka tahu segalanya dan dapat membimbing mereka untuk menjadi insan yang TERBAIK secara keseluruhan.. Dengan adanya iPad, kita boleh melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat yang ternyata tiada sempadan.. Malahan, banyak aplikasi pendidikan yang boleh kita guna dalam pendidikan anak-anak di kala kesibukan seharian. Pendekatan multimedia memberi mereka keseronokan dalam pembelajaran. Secara tidak langsung, pendidikan kepada anak-anak dapat diberi secara tidak formal.
Wanita Hebat 2 (Generasi Bijak)
- Tahukah anda, seseorang itu akan lebih dihormati jika dia lebih banyak membaca? Apa-apa ilmu pun, pembacaan adalah sangat penting. Saya ingin menjadi orang yang pandai memasak, saya perlu membaca bahan-bahan berkaitan ilmu memasak. Hendak menjadi pakar hiasan dalaman, saya perlu mencari idea melalui bahan-bahan berkenaan ilmu itu di samping bakat dan kreativiti yang ada. Hendak mendapatkan banyak bahan-bahan ilmiah mahupun hiburan kadangkala menyumbang kepada kos dan ruang untuk menyimpan. Dengan adanya iPad, kita boleh mendapatkan bahan-bahan ilmiah secara online dan boleh dibaca di mana sahaja kita berada. Pernah mendengar tentang aplikasi Mag Zone?Aplikasi ini boleh diperolehi di App Store Apple. Saya tidak perlu lagi ruang yang banyak untuk majalah-majalah kegemaran saya.. Dengan harga yang berpatutan, saya dapat mengumpul majalah online seperti berkenaan resepi, hiasan rumah, perkahwinan, sukan dan macam-macam lagi.Seronoknya... Suratkhabar ada...(tiada alasan lagi untuk tidak mengetahui isu semasa) Majalah Rasa pun ada tau..(hari-hari perlu memasak lah) Best tu..!!
Wanita Hebat 3 (Mengeratkan hubungan sesama insan)
- Bersosial menggunakan iPad? Tidak mustahil bukan? Penggunaan email, laman web sosial seperti Facebook dan pelbagai aplikasi lain mampu memudahkan perhubungan tidak kira masa & tempat. Ada juga kad ucapan maya yang boleh dikirim sebagai pengganti diri malahan dapat diubahsuai mengikut citarasa sendiri demi insan yang jauh... Ramai tu kawan-kawan dan ahli keluarga di seluruh negara.. Ukhwah sesama kita perlu ditingkatkan ya..
Wanita Hebat 4 (Menjadi seorang yang ceria dan gembira sepanjang masa)
- Mendengar koleksi lagu yang diputar melalui iPad,melihat gambar dan video yang dirakam serta bermain permainan maya boleh menimbulkan aura positif pada diri saya.. yang ada kalanya mungkin mendung dek suasana sibuk seharian.. Cari sahaja aplikasi menarik di Apps Store Apple.. Tetapi, perlu ada iPad la kan... (wink..!! wink..!!)
Wanita Hebat 5 (Bergaya, cantik, bijaksana)
- Tidak perlu lagi mengusung komputer berat, peralatan presentation yang banyak, buku catatan atau organizer yang tebal bila bertemujanji.. iPad sememangnya memudahkan urusan tidak kira apapun kerjaya yang disandang.. iPad boleh memberi semuanya.. Bayangkan rupa kita apabila sudah berpakaian elok tetapi mengusung pelbagai barang yang mungkin memudaratkan diri sendiri (angkat berat la tu..) jika dibandingkan dengan gaya yang sungguh 'mengancam' apabila bertemujanji dengan hanya membawa iPad senipis itu.. wah.. hebat bukan..? Guna sahaja pelbagai aplikasi yang ada.. untuk menggantikan buku nota, buku catatan harian... Untuk persembahan pula, iPad yang bersaiz kurang 10 inci mampu memaparkan idea anda dalam gaya yang tersendiri..
5 perkara di atas hanya sebahagian sahaja.. Penggunaan iPad idaman itu sebenarnya masih banyak bergantung kepada aplikasi yang boleh dimuatturun sama ada percuma atau pun dengan bayaran yang berpatutan. Menggantikan komputer, pemain video, pemain mp3, kamera, buku dan banyak medium lagi, saya sangat berharap iPad ini menjadi milik saya bersama anak-anak. Dengan bakal tibanya hari lahir saya 7 Mac ini, alangkah bahagianya jika saya berjaya memilikinya..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”

09 January, 2011
Ikan Bakar & Kicap Asam Limau
Enaknya ikan bakar.. mudah saja..
Ikan bakar
---------------
2 ekor ikan , terpulang ikan apa yg anda ada.. kembung boleh.. cencaru boleh
siang ikan.. basuh bersih2...
lumur dengan garam & sedikit kunyit
jika ada pemanggang & arang.. bolehlah dibakar cara begitu..
tiada pun tidak mengapa.. gunakan kuali non stick..
sapu sedikit mentega.. masakkan atas kuali... kalau saya, terus tutup dgn tudung kuali.. biar cepat masak.. balikkan utk memasak bahagian sebelah ye..
Kuah kicap
-----------------
kicap dimasukkan di dalam mangkuk.. saya suka kicap kipas udang warna merah tu ya... yg manis tu..
satukan dengan hirisan bawang merah, cili merah/cili padi
air limau kasturi jgn lupa ya..
rasa2 la sikit.. kalau tak suka pekat, tambahkan sedikit air panas..
gaul rata..
enaknya.. makan dgn nasi panas2...

Resepi Anak - Sandwich Keju
Anak dah masuk sekolah..
Bila dah masuk sekolah ni, pemakanan perlu dijaga supaya mereka dapat belajar dengan baik.
Sarapan sangat penting ya...
Sandwich Keju
----------------------
2 keping roti putih
1 keping keju keping
1-2 hiris timun/tomato
sedikit mentega
Cara:
- sapukan mentega di atas roti
- susun bahan2 lain dan kapitkan diantara roti
- bakar selama 2 minit hingga keju cair
- potong 2, bentuk segitiga... dan boleh dihidangkan bersama segelas susu

19 September, 2010
Minuman - Air longan kering
Bahan:
longan kering
gula melaka
air secukupnya
Cara-cara:
rebuskan bahan2 di atas.. kuantiti agak2 je la.. bergantung pada jumlah longan dan tahap kemanisan yang anda suka
# Kebaikan minum air ini, akan menambah susu bagi ibu2 yg menyusukan anak
# nama lain, Air Mata Kucing

Produk Best - Susu UHT Dutch Lady
Bukan semua orang suka minum susu... especially susu yang tiada perisa/warna selain putih... Sebagai mana yang pihak Dutch Lady iklankan.. "serlahkan kebaikan susu" di TV.. sememangnya susu memberi banyak khasiat kepada kita... selain mendapatkan khasiat, ia juga boleh menyerlahkan seri wajah anda... TAK PERCAYA?? cuba minum 3 gelas susu sehari.. lepas tu tgk wajah anda di cermin.. ada beza.. tak percaya sudah.. :p hihi.. wajah akan jadi seperti 'glowing' bila hari2 minum susu dengan byk...
Note: Untuk bayi seelok2nya diberi SUSU IBU... kalau boleh sehingga usianya 2 tahun... kalau masih di bawah 6 bulan, berusahalah agar bayi itu diberi SUSU IBU sahaja...
Tetapi, bagaimana hendak suka minum susu?
Okeh... cara paling senang.. kita pilih la susu kotak... yang tidak suka susu putih, minum la yang perasa coklat atau strawberry...
Tetapi kesian pula kat susu putih tiada orang nakkan dia... Saya ada cara untuk anda lebih seronok minum susu putih..
1) Susu bandung - mudah je ni.. sama mcm buat air bandung biasa.. bubuh la sirap dlm gelas.. bezanya, lepas tu kita tuang la susu putih tu... sedap tau.. lebih elok berbanding buat sirap bandung yg campur susu pekat manis dan air kosong... khasiat lebih banyak.... TAK PERCAYA? cuba la dulu... minum sejuk2 best tau..
2) Susu kocak - orang biasa sebut milk shake... sesiapa ada blender leh buat... mula2, potong buah2an yg anda suka... misalnya buat pisang ke.. strawberry ke.. kiwi ke.. apa2 la.. pastu masukkan dlm blender... pastu bubuh la susu putih dalam tu... blend sampai sebati... nak bubuh air batu pun ok gak... sedap.. cara jimat drp beli milk shake kat memana kedai luar...
3) Makan cereal ngan susu putih - dulu2 kan.. saya cuma biasa ratah cereal atau makan ngan susu pekat manis... (nampak sgt suka yg manis aje) lepas tu, saya pikir baik saya guna susu kotak putih tu.. saya akan dapat lebih khasiat.. kan kan kan...
So, mudah je kan nak buat resepi di atas... khasiat pun banyak... ikutkan dulu saya pun kurang minat nak minum susu putih atau susu tepung... Tetapi memandangkan saya perlu minum susu untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan (hak.. hak.. hak... betul apa...) saya paksa diri saya minum susu at least 2 kali sehari dan pastinya produk di atas adalah pilihan saya...
Gambar dari http://www.dutchlady.com.my
(saya promote free je ni.. sbb saya suka minum susu ni)

Rendang Ayam KKB
Hai... selamat hari raya 2010.. maaf la lama tak update...
Kali ni saya kongsi resepi keluarga saya... sebelah mak saya la.. KKB tu maksudnya Kuala Kubu Bharu.. kampung belah mak saya di area Hulu Selangor tu.. resepi ni saya belajar dengan wan saya la... saya ni kalau musim raya, selalunya saya yg tolong kacau rendang ni sampai kering... Bagi yang tak suka ayam, boleh la ganti dengan daging.. Sorry, takde gambar.. Tapi rupa masakan ni ala2 mcm rendang minang gak la... note: saya bukan org minang.. harap maklum..
Bahan:
1 ekor ayam (dipotong kecil, dilumur dgn kunyit)
Bahan kisar:
3 biji bawang merah saiz sederhana besar
3 ulas bawang putih
1.5 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
# semua di atas diblend
6 sudu makan cili kering diblend
1 kotak santan 200 ml ( atau 1 paket santan pekat yg dah perah siap)
2 keping asam gelugor (asam keping) / air asam jawa
2 sudu makan gula
2 sudu teh garam
2 sudu makan kerisik
3 helai daun limau purut (koyak2 je)
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
Cara membuatnya:
1) masukkan semua bahan yg dah diblend dan cili giling dlm kuali. masak sampai naik bau
2) masukkan ayam. gaul2kan ngan rempah. masak seketika.
3) bila dah agak kering, masukkan gula, garam
4) masukkan santan pekat. kalau nak berkuah masukkan air sikit.. kalau nak kering tak payah..
5) masukkan asam keping dan kerisik
6) masukkan daun limau purut dan daun kunyit
7) masak sehingga pekat/kering
(kaedah ni, takyah tumis ngan minyak.. cuma rebus jek.. tp kalau nak tumis ngan minyak pun boleh gak untuk naik bau cili tu..

03 August, 2010
Produk Best - Maggi Cukup Rasa
:: Gambar diambil daripada laman web nestle ::
Ok.. saya bukan la dibayar untuk iklan percuma ini... ini adalah pandangan peribadi saya sebagai seorang yang sangat sibuk tetapi suka memasak untuk keluarga... (dari segi khasiat ke.. apa-apa pasal kesihatan saya terkecuali ya.. memang saya bukan la pakar dari segi itu)
Anda pernah cuba produk di atas? Bagi orang-orang yang sibuk atau yang tidak berapa tahu untuk memasak yang sedap-sedap, saya mencadangkan produk ini harus ada dalam dapur di rumah anda... Kenapa? Sebab, produk ini sememangnya membantu jika anda jenis yang sentiasa was-was masakan anda sedap ke tak.. cukup ke tak bahan dibubuh.. nanti tetamu atau orang-orang yang hendak makan banyak komen pula... tidak pun jika terjadi situasi apabila barang-barang masak yang asas tidak cukup ke...
Pertama kali mencuba, sememangnya saya sudah jatuh cinta.. chewah... malah saya hampir tidak mengusik stok garam saya... dan juga perasa-perasa lain.. Di belakang pek, ada juga dinyatakan cara memasak.. mula tu memang la tidak percaya.. semudah itu... sedap ke bubuh bende ni saja.. Tetapi terpulang juga pada tekak dan selera anda.. kalau yang jenis tak kisah macam tekak saya tidak apa la..
- Sayur goreng - setengah orang kan, masak sayur yang mudah-mudah pun kadang-kadang menjadi isu besar.. masin sangat la.. tawar la... tidak berasa la.. dahulu, kalau saya menggoreng sayur (kobis ke.. buat sayur campur ala orang cina ke) saya biasa gunakan sos tiram... kadang-kadang bubuh juga cik aji tu sekali sekala... tak pun, serbuk bilis ke.. serbuk perasa ayam ke.. Nak dikatakan cerita, berlaku juga la keadaan yang lauk sayur tu termasin la.. rasa lari daripada sepatutnya la bila terlebih adjust... bila adanya cik cukuprasa ni, masukkan sedikit pun dah boleh buat lauk sayur tu menjadi sedap.. walaupun anda cuma guna resepi ini:
- panaskan sedikit minyak
- masukkan kobis, lobak merah & cili merah yang dipotong
- gorengkan hingga rata, masukkan satu sudu kecil cik cukuprasa tu... masukkan sedikit air.. bila dah masak angkat...
- Ayam goreng - ayam goreng pun ada banyak jenis kan... paling mudah perap dengan garam dan kunyit... kadang-kadang orang yang baru belajar masak, tidak tahu hendak adjust berapa banyak nak campak kunyit tu untuk dilumur pada ayam.. garam pun kalau terlebih akan masin sangat.. tengok, ayam goreng yang mudah pun kadang-kadang akan jadi susah.. bila ada cik cukuprasa ni, lumur dan perap dengan produk ini saja... kemudian goreng dalam minyak panas pun dah sedap... Tidak percaya kaaa? saya mula-mula pun kurang percaya... sebab bila lumur tu, memang lah tidak berwarna menarik.. boleh jadi kuning dan berselera ke nanti bila makan... Tetapi, setelah dicuba, memang sedap... Anak-anak saya pun suka meratah ayam goreng ini...
- Telur dadar - buat telur dadar pun kadang-kadang boleh termasin.. untuk telur dadar yang jenis bubuh garam dan lada sulah la... menu sarapan pagi tu.. sekarang tidak lagi jika campurkan cik cukuprasa ni..
Jadi, terpulanglah pada anda jika ingin menggunakan produk ini... bagi saya, ia memang boleh membantu sekiranya bahan masak yang digunakan tidak cukup ataupun makanan yang telah dimasak kurang berasa enak...
Oklah... resepi hari ini... Sayur Sawi campur Telur
Bahan yang diperlukan:
- satu ikat sawi, dibasuh dan dipotong
- satu ulas bawang kecil dihiris
- dua ulas bawang putih dihiris
- sebiji telur
- sedikit minyak untuk menumis
- sedikit air untuk kuah sup
- satu sudu kecil cik cukuprasa (jika tiada, masukkan garam atau serbuk perasa lain)
- panaskan sedikit minyak dalam 1 sudu makan je..
- tumiskan bawang yang dihiris hingga naik bau
- masukkan sayur sawi dan goreng
- masukkan air dan cik cukuprasa
- setelah kuah mendidih, pecahkan telur dan boleh tutup api
- biarkan telur masak sendiri
02 August, 2010
Nasi Goreng Bilis
Anda ada lebihan nasi putih? Bahan-bahan lain pun tidak banyak? Tetapi ingin makan nasi goreng?
Anda boleh cuba resepi ini...

Anda boleh cuba resepi ini...

Bahan yang diperlukan:
- 3 mangkuk nasi putih
- 3 ulas bawang kecil
- 2 ulas bawang putih
- 5 biji cili padi
- setengah genggam ikan bilis (basuh & toskan)
- 2 sudu besar kicap manis
- sedikit sayur sawi (dibasuh dan dipotong kasar)
- sedikit serbuk ikan bilis
- garam secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- tumbuk bawang, cili padi dan ikan bilis
- panaskan minyak
- tumis bahan tumbuk sehingga naik bau
- masukkan kicap, serbuk bilis dan sayur
- gorengkan hingga sebati
- jika agak kering, masukkan sedikit air
- apabila sayur agak layu, masukkan nasi dan gaul hingga rata
- masukkan garam secukup rasa dan gorengkan nasi hingga masak
- tahap kepedasan bergantung kepada bilangan cili padi yang digunakan
- boleh juga tambah ikan bilis goreng dan telur dadar yang dihiris nipis
Spageti Goreng Udang
Bahan yang diperlukan:
- 1 paket spageti direbus
- 3 sudu besar bawang merah kisar
- 1 sudu besar bawang putih kisar
- 1 sudu besar cili giling
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 genggam udang saiz sederhana dibersihkan
- 1 genggam sayur campur (lobak/jagung/kacang pis)
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- sedikit air
- panaskan minyak
- tumis bahan kisar sehingga garing (bawang merah, bawang putih, cili giling)
- masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap
- masukkan sayuran dan udang, gaul sebati
- apabila udang separuh masak, masukkan setengah cawan air diikuti dengan sedikit garam dan gula secukup rasa
- masukkan spageti yang telah direbus
- gaulkan sehingga sebati
Subscribe to:
Posts (Atom)