14 April, 2012

Daging Kicap Black Pepper

Suka makan daging black pepper? Ini resepi mudah yang biasa saya buat. Bahan pun sedikit (save bajet.. hahaha)


Bahan:
Daging secukupnya (lembu/kerbau..)
Kicap Manis 
Sos Tiram
Gula
2 sudu makan Lada hitam (ditumbuk)
1 labu bawang besar dihiris


Cara memasak:
- hiris daging nipis2
- dalam satu mangkuk, satukan daging dengan 5 sudu kicap manis, 2 sudu sos tiram, 2 sudu gula & lada hitam yang ditumbuk, gaul sebati dan perapkan selama 1 jam
- panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga naik bau
- masukkan daging perapan dan goreng hingga masak
- jika mahu berkuah, masukkan sedikit air
- jika mahu bersayur, boleh juga ditambahkan lada benggala/lobak merah/kentang yang telah digoreng


# Untuk orang pantang bersalin, cara memasak boleh ditukar kepada memanggang


Guna lada hitam asli baru ummpph!!


Gambar hiasan sumber Google:



No comments:

Post a Comment